Pengelakan Duluan kehakiman

Meskipun mahkamah-mahkamah rendah diikat oleh duluan mahkamah lebih tinggi secara teorinya, dalam realiti para hakim kadangkala cuba untuk mengelak duluan dengan membezakan mereka atas alasan-alasan remeh. Juga, aayuan satu keputusan yang tidak mengikut duluan mungkin tidak berlaku kerana kos perbelanjaan berbuat sedemikian akan melumpuhkan keupayaan pihak yang kalah membuat sedemikian. Maka keputusan mahkamah rendah mungkin berdiri meskipun ia tidak mengikut keputusan mahkamah atasan oleh sebab satu-satunya cara satu keputusan boleh dirayui adalah dengan permohonan salah satu daripada pihak-pihak yang terikat padanya.

…dan penentangan

Kadangkala juga satu hakim akan melafazkan rasa tidak setujunya terhadap keputusan-keputusan duluan yang dibuat mahkamah atasan akan tetapi harus mengikutinya oleh sebab duluan mengikat. Notakan juga yang duluan mengikat adalah berbeza dengan stare decisis yang merupakan keputusan mahkamah-mahkamah lateral, rendah, atau mahkamah yang sama, dan membolehkan pembezaan berdasarkan "alasan yang kukuh" (lihat Hilton v.s. Carolina Pub. Rys. Cmsn.m 502 U.S. 197, 202, 112 S. Ct. 560, 565 (1991).)

Kepincangan

Di Amerika Syarikat, stare decisis boleh berinteraksi dalam cara yang berlawanan dengan sistem mahkamah persekutuan dan sistem mahkamah negeri. Dalam satu isu undang-undang persekutuan, satu mahkamah negeri tidak terikat dengan pentafsiran undang-undang persekutuan pada peringkat daerah atau litar tetapi terikat dengan pentafsiran Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Dalam pentafsiran undang-undang negeri, sama ada ia merupakan common law atau undang-undang statut, mahkamah persekutuan terikat dengan pentafsiran mahkamah negeri tertinggi negeri berkenaan, dan biasanya perlu merujuk duluan mahkamah menengah negeri juga.

Mahkamah boleh memilih untuk mengikut duluan bidang kuasa lain, tetapi ini bukan aplikasi doktrin stare decisis kerana keputusan asing tidak mengikat. Satu keputusan asing yang diikut atas sebab kemunasabahannya digelar autoriti berpengaruh — sekaligus menandakan bahawa pengaruhnya terhad kepada alasan yang dikemukakannya.